Friday, September 4, 2009

KATA PENERBIT

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,keluarga,sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syari'atnya sehingga hari kiamat.Amin ya ilahal 'alamin.

Dengan perasaan syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya, akhirnya saya dapat menghasilkan blog ini.terima kasih juga kepada cikgu zulkifli kerana memberi cadangan supaya membina blog ini.

Besar harapan saya semoga blog ini akan memberi manfaat kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah s.w.t di akhirat kelak.Semoga blog ini turut menyumbaang ke arah pembinaan generasi masa kini sebagai generasi yang berjaya dan beruntung di dunia mahupun di akhirat,Insya Allah.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.Hanya Allah jualah tempat meminta pertolongan Dialah sebaik-baik pembantu dan penolong, semoga Allah s.w.t meredhai usaha kita, Amin.

No comments:

Post a Comment